Wednesday, July 6, 2011
Kursus Menganyam Wakid
RANAU : Seramai 11 orang peserta dari Kg Silou dan 4 orang peserta dari Kg Singgaron Baru terdiri daripada ibu-ibu, bapa-bapa dan belia-belia telah mengikuti Kursus Menganyam Wakid anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan di Dewan Mini Kg Silou pada 6 - 7 Julai 2011. Kursus bermula pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Tujuan kursus tersebut diadakan ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mempelajari asas menganyam wakid dengan harapan selepas mengikuti kursus tersebut para peserta dapat meneruskan aktiviti menganyam wakid serta meningkatkan lagi kualiti hasil anyaman masing-masing. Sekiranya dibuat secara serius ianya juga boleh dijual dan dapat mendatangkan hasil sebagai sumber pendapatan disamping memelihara kebudayaan kraftangan tempatan.
Kursus tersebut dibimbing oleh Pn Rembini binti Suanti yang berasal dari Kg. Bongol, Tamparuli dibawah seliaan Pn Jessie Toiloh, Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau.

Labels:
Sosioekonomi
Anda Pengunjung ke;
Blog Archive
-
▼
2011
(52)
-
▼
July
(10)
- KARNIVAL KRAFTANGAN (HARI KEDUA 24 JULAI 2011)
- KARNIVAL KRAFTANGAN (HARI PERTAMA 23 JULAI 2011)
- Kursus Menganyam Sirung
- Kursus Sulaman Manik & Labuci
- Program Bimbingan Kecemerlangan UPSR
- Program Kecemerlangan UPSR
- Kursus Menganyam Rilibu Dan Raya
- Kursus Menganyam Wakid
- Kursus Menganyam Periuk Kera Daripada Rotan
- Gotong-Royong Perdana
-
▼
July
(10)
PROGRAM
- Bazar Desa (1)
- Sosiobudaya (4)
- Sosioekonomi (18)
- SPPKW (1)