Friday, March 25, 2011

Program Motivasi Keibubapaan & Majlis Penyerahan Bantuan Bekalan Air Paip Graviti


RANAU : Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Seminar Motivasi Keibubapaan di SK. Sagiban pada 24 Mac 2011. Para peserta terdiri daripada ibu-ibu bapa-bapa dari Kg. Takutan dan Kg. Nalumad. Ceramah Motivasi I 'Peranan Ibu Bapa Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Anak-Anak' disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Ranau, En. Rusining Rusidi dan Ceramah Motivasi II 'Pembentukan Insan Cemerlang' disampaikan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, En . Hanafiah Diman.

Beginilah aksi mantap gandingan dua orang ketua jabatan turun padang...
En. Rusining Rusidi (berbaju hijau) dan En. Hanafiah Diman (berbaju putih) 

Murid-murid SK. Sagiban mempersembahkan tarian kebudayaan.

Acara memotong reben oleh YB Dr Joachim Gunsalam, Wakil Rakyat N.29 Kundasang menandakan penyerahan bantuan bekalan air paip graviti kepada penduduk Kg. Takutan dan Kg. Nalumad. Turut menyaksi acara tersebut ialah En. Hanafiah Diman, Guru Besar SK. Sagiban, En. Lamiri Sitih (batik merah) dan Pengerusi JKKK Kg. Takutan (batik hijau)

Salah sebuah blok bangunan SK. Sagiban yang dibina oleh Yayasan Sabah pada tahun 1990 dalam keadaan uzur dimusnahkan oleh anai-anai.

Tuesday, March 22, 2011

BAZAR DESA ANGKAT MARTABAT PENGUSAHA KECIL LUAR BANDAR


Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan akan mengadakan Bazar Desa di Atrium Hall, City Mall, Jalan Lintas selama dua (2) hari pada 21 - 22 Mei 2011. Bazar ini bertujuan memberi peluang kepada pengusaha kecil dari luar bandar untuk mempamer dan menjual produk keluaran mereka.

Selain itu, bazar ini juga akan dapat mewujudkan peluang kerjasama dan seterusnya menjalin rangkaian pemasaran pengusaha dengan pembekal serta pemilik premis perniagaan berskala besar.

Pelbagai produk kraftangan, kuih muih, makanan tradisi dan sayur-sayuran pengusaha luar bandar akan dipamerkan dan dijual sepanjang dua (2) hari berkenaan.

Orang ramai dijemput datang ke Bazar berkenaan yang akan dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.

Keterangan lanjut mengenai Bazar Desa ini sila berhubung dengan Pn. Verna Onoh atau Pn. Hjh. Siti Hayun Padan di talian 088-326200 sambungan 6485/1442.

YB Datuk Donald Mojuntin menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Bazar Desa di Atrium Hall, City Mall pada Tahun 2010 dan diperhatikan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah,
Zon Pantai Barat Selatan,  En. Hanafiah Diman (berbaju hitam).

PROGRAM DERMA DARAH YAYASAN SABAH



Program derma darah Yayasan Sabah ini adalah untuk menjalin satu kerjasama yang erat antara Agensi-agensi Kerajaan, NGO's dan Persatuan-persatuan Sukarela ke arah membantu yang kurang bernasib baik, disamping membantu pihak hospital mengatasi masalah kekurangan bekalan darah.


Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth dan KK Plaza Management Sdn. Bhd. akan mengadakan kempen derma darah seperti berikut:


TARIKH : 16 April 2011 (Sabtu)


TEMPAT : Aras Podium, KK Plaza, Kota Kinabalu


MASA : 10:00 Pagi hingga04:30 Petang


Orang ramai adalah dijemput tampil dan seterusnya menderma bagi mengisi tabung darah Hospital Queen Elizabeth. Penderma 50 orang pertama akan diberi hadiah sebagai penghargaan.

Aktiviti derma darah anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan
 yang pernah diadakan di KK Plaza, Kota Kinabalu.
Thursday, March 17, 2011

Mesyuarat Sekolah Angkat


KOTA KINABALU : Mesyuarat Sekolah Angkat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah diadakan di Tang Dynasty Park Hotel, Karamunsing pada 22 Februari 2011. Mesyuarat diPengerusikan oleh Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan iaitu Encik Hanafiah Diman.  Antara agenda mesyuarat tersebut ialah Laporan Penilaian Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2010. Seramai 12 orang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan dan Guru-guru mewakili 12 buah sekolah angkat hadir. 

Encik Hanafiah menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan aktiviti program sekolah angkat. Sebelah beliau ialah Peg. Kawasan Yayasan Sabah Penampang, Pn. Theresa Yong dan Pn. Linda Anthony (Peg. Kawasan Yayasan Sabah, Tuaran).

Dari kanan sekali ialah En. Jimmy Sinsang (SK. Putaton, Penampang), Encik James Joseph (SK. Tenghilan, Tamparuli), En. Mohd Shahrail Yusoff (SMK. Sri Nangka, Tuaran), En. Bati Tambako (SK. Pomotodon, Inanam), En. Fred B.P. Jaumis (SK. Kandawayon, Ranau), En. Mutirik Gabas (SK. Kundasang) dan En. Charles Lojinin (Peg. Kawasan Yayasan Sabah, K. Kinabalu).


En. Hanafiah memberi peluang kepada semua sekolah angkat untuk memberi sebarang komen berhubung pelaksanaan aktiviti program Projek UPSR sepanjang Tahun 2010.

Dari kiri ialah Pn. Hjh. Mariam Yussof (SK. Tansau, Penampang), Pn. Hjh. Adiah Abu Bakar (SK. Serusup, Tuaran), Pn. E. Thavamani Dewi (SK. St. Paul, Kolopis), Pn. Dalitah Madin  (SK. Malangang, Kiulu), Pn. Farisia Assadoi (SMA. Al-Irsyadiah, Ranau), Cik Nadine William Norman (SK. Tombovo, Putatan) dan Peg. Kawasan Yayasan Sabah Ranau, Pn. Jessie Toiloh. 





Wednesday, March 16, 2011

Bimbingan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 SK. Tansau


PUTATAN : Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan SK Tansau menganjurkan Klinik UPSR "Sifar Galus" Fasa 1 bertempat di Makmal ICT SK. Tansau mulai 15 - 18 Mac 2011. Kumpulan sasaran program tersebut ialah murid-murid Tahun 6 seramai 108 orang.

SK. Tansau adalah sebuah sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan mulai 2009 - 2011.

Imam Muda? Insya'allah! Adik ni sudah pandai membimbing bacaan doa majlis..

Guru Besar SK. Tansau, Hjh. Mariam Hj. Yusoff semasa ucapan alau-aluan

Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, En. Hanafiah Diman
 merasmikan Klinik UPSR "Sifar Galus" Fasa 1

Hjh. Mariam menyampaikan cenderahati kepada En. Hanafiah

SK. Tansau boleh!!!
Penceramah Teknik & Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Malaysia yang dijemput khas
dari SK. Kem Lok Kawi, Pn. Rohani Jafar


Monday, March 14, 2011

Seminar Motivasi Keibubapaan SK. Putaton, Inobong


2 Mac 2011, Penampang - Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan SK. Putaton telah menganjurkan Seminar Motivasi Keibubapaan bertempat di Dewan Mini SK. Putaton.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK. Putaton.



Perasmian seminar... oleh En. Richard daripada PPD Penampang.





Puan Suzanna Piny menyampaikan ceramah keibubapaan.





Para ibubapa murid-murid Tahap II menumpukan perhatian mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Pn.Suzanna.







Seminar Motivasi Keibubapaan SK. St. Paul, Kolopis



24 Feb 2011, Penampang - Seminar Motivasi Keibubapaan 2011 anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan & SK. Paul, Kolopis dihadiri seramai 36 orang ibubapa murid-murid Tahun 6.



Encik Dino Shamsuddin, Guru Bimbingan dan
Kaunseling, SK. Sri Gaya, Kota Kinabalu dalam satu ceramah keibubapaan.


Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2010


KOTA KINABALU - Seramai 14 orang pelajar Projek UPSR Sekolah Angkat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 menerima hadiah dan Sijil Cemerlang daripada Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman.

Seperti yang dijanjikan... salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 iaitu Adik Nur Amirah Hj. Dr. Mohd Kassim daripada SK. Tansau menerima hadiah dan Sijil Cemerlang daripada En. Hanafiah. Turut menyaksikan acara tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang, Kota Kinabalu iaitu Tuan Hj. Dr. Mohd Kassim Mohd Ibrahim (bersongkok), Pn. Hjh. Mariam Yusoff, Guru Besar SK. Tansau dan En. James Sinsang, Guru Besar SK. Pekan Tenghilan. 

En. Hanafiah bergambar bersama Peg. Pendidikan Daerah Cemerlang K. Kinabalu, warga sekolah-sekolah angkat, Pegawai-pegawai Yayasan Sabah, para ibubapa dan para pelajar yang diraihkan.


Sunday, March 13, 2011

Seminar Motivasi Keibubapaan dan Pelajar SK Kandawayon Ranau


12 Mac 2011, Ranau - Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan SK. Kandayon telah menganjurkan Seminar Motivasi Keibubapaan dan Pelajar 2011 bertempat di SK. Kandawayon bermula jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari. Seramai 38 orang ibubapa dan 56 murid-murid hadir mengikuti seminar tersebut.


Penceramah jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, En. Jusli Jakaria memberi tips kemahiran keibubapaan kepada ibubapa murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. 



Salah seorang murid memberi respon kepada penceramah jemputan iaitu Encik Masalin Madusin (Ketua Unit Kaunseling, SMK. Agama, Ranau).



Para ibubapa tidak melepaskan peluang untuk mendengar perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Encik Rusidi Rusining.



Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, En. Hanafiah Diman (berbaju batik merah) menerima cenderakenangan daripada Guru Besar SK. Kandawayon, En. Harun @ Roger Rijan. Turut bersama ialah En. Rusidi Rusining (berbaju putih) dan Encik Masalin Madusin (bertali leher).



Bacaan Ikrar (Aku Janji Pelajar) di Ketuai oleh Adik Fendy Florin.



Sebelum seminar bermula... Pn Jessie Toiloh, Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau dan En Harun mendengar idea-idea untuk memantapkan pendidikan daripada Tuan PPD Ranau.


Tuesday, March 8, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah di Tamparuli.


Kursus Pengurusan Jenazah ini telah diadakan di Surau Al Falah Kg. Bantayan, Tamparuli pada 5 Februari 2011.

Ustaz Jasimin Mohd Rashid daripada JHEAINS menunjukkan cara-cara bagaimana memandikan mayat dan diperhatikan dengan penuh konsentrasi oleh para peserta.

Ustazah Lilis melihat anaknya sebagai model mayat dijirus.

Menurut Penolong Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Tamparuli iaitu Tuan Haji Hasim Jamil, seramai 52 orang peserta lelaki dan wanita yang hadir mengikuti kursus tersebut adalah terdiri daripada penduduk Kg. Bantayan dan Kg. Damat, Tamparuli.

Seminar Motivasi Keibubapaan 2011, SK. Serusup, Tuaran


Seramai 40 orang ibubapa dan 37 pelajar hadir mengikuti ceramah-ceramah seminar tersebut yang telah diadakan pada 26 Februari 2011 (Sabtu).


Para peserta bergambar dengan Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan Encik Hanafiah Diman (duduk tengah). Turut bersama ialah Guru Besar SK. Serusup iaitu Hajah Adiah Abu Bakar (duduk berbaju kurung) dan Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Tuaran, Puan Linda Anthony (duduk ke empat dari kiri).

Seminar Motivasi Keibubapaan dan Pelajar SK Melangang Kiulu


SK. Malangang, Kiulu adalah sebuah sekolah angkat Projek UPSR mulai Tahun 2009 - 2011.

Pada 17 Februari 2011 (Khamis), Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan SK. Malangang telah menganjurkan Seminar Motivasi Keibubapaan dan Pelajar 2011. Seramai 19 orang ibubapa dan 31 orang pelajar telah mengikuti seminar tersebut dengan jayanya.

Encik Hanafiah Diman menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pelajar dan disaksikan oleh Guru Besar SK. Malangang iaitu Encik Jowinis Lawadi.