Tuesday, March 22, 2011

BAZAR DESA ANGKAT MARTABAT PENGUSAHA KECIL LUAR BANDAR


Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan akan mengadakan Bazar Desa di Atrium Hall, City Mall, Jalan Lintas selama dua (2) hari pada 21 - 22 Mei 2011. Bazar ini bertujuan memberi peluang kepada pengusaha kecil dari luar bandar untuk mempamer dan menjual produk keluaran mereka.

Selain itu, bazar ini juga akan dapat mewujudkan peluang kerjasama dan seterusnya menjalin rangkaian pemasaran pengusaha dengan pembekal serta pemilik premis perniagaan berskala besar.

Pelbagai produk kraftangan, kuih muih, makanan tradisi dan sayur-sayuran pengusaha luar bandar akan dipamerkan dan dijual sepanjang dua (2) hari berkenaan.

Orang ramai dijemput datang ke Bazar berkenaan yang akan dibuka bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.

Keterangan lanjut mengenai Bazar Desa ini sila berhubung dengan Pn. Verna Onoh atau Pn. Hjh. Siti Hayun Padan di talian 088-326200 sambungan 6485/1442.

YB Datuk Donald Mojuntin menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Bazar Desa di Atrium Hall, City Mall pada Tahun 2010 dan diperhatikan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah,
Zon Pantai Barat Selatan,  En. Hanafiah Diman (berbaju hitam).