Saturday, July 2, 2011

Gotong-Royong Perdana


RANAU : Gotong Royong Perdana anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah diadakan di Kg. Singgaron Baru Ranau pada Sabtu 25 Jun 2011. Pelbagai pihak terlibat dalam menjayakan gotong-royong tersebut seperti UMNO Ranau, Giat MARA, JKKK Kg Singgaron Baru dan masyarakat penduduk setempat.

Aktiviti gotong-royong adalah membuat sebuah bangsal, membersihkan kawasan padang, membina laluan jalan kaki di Taman Herba.

Gotong-royong ini adalah salah satu aktiviti Program Desa Cemerlang dan Berinovasi, Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan.