Sunday, April 10, 2011

Program Kecemerlangan UPSR SK. Kg. Contoh


PUTATAN: Murid tahun 6 SK. Kg. Contoh, Petagas bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Oleh itu, pihak Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, SK. Kg. Contoh dan PIBG SK. Kg. Contoh merasakan perlunya menyediakan persiapan mental dan fizikal didalam diri setiap murid seterusnya membina kejayaan yang cemerlang buat mereka. Program ini penting sebagai usaha murni pihak Yayasan Sabah, sekolah dan PIBG untuk membimbing dan mendekatkan murid dengan proses mencapai kecemerlangan UPSR.

Pendedahan teknik belajar dan menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran dalam UPSR sangat penting untuk memastikan murid dapat menguasai dan memahami kehendak mata pelajaran yang dipelajari. Ini bukan sahaja akan memotivasikan murid malah memantapkan lagi kemahiran dan keyakinan murid dalam menjawab kertas soalan UPSR yang bakal dihadapi kelak.

Program Kecemerlangan UPSR (Bengkel dan Teknik Menjawab Soalan UPSR) telah berjalan selama 4 hari bermula 4hb. hingga 7hb. April 2011.

Penceramah Bahasa Inggeris yang tidak asing lagi iaitu Encik Amiruddin Abdullah
daripada SK. Sri Gaya, Kota Kinabalu membimbing murid-murid mengenai
 teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris UPSR.

Sebagai penghargaan... Encik Amiruddin menerima cenderakenangan
daripada Puan Salmah Siyakop, Ketua Panatia Sains. 

Ceramah Motivasi 'Mereka Berjaya : Saya Pun Boleh!!!
oleh Encik Dino Shamsuddin, Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK. Sri Gaya, Kota Kinabalu

Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Samsia Warso
 menyampaikan cenderakenangan kepada En. Dino.

Ucapan alu-alun oleh Pn Samsia dan seterusnya Ucapan Perasmian Penutupan
 Program Kecemerlangan UPSR oleh
Encik Hanafiah Diman, Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan.

Pn. Samsia Warso menyampaikan cenderakenangan kepada
Encik Hanafiah Diman.

Ikrar Kecemerlangan oleh murid-murid Tahun 6 dihadapan
Encik Hanafiah, Pn. Samsia dan Pn. Roslina Simon.

Wakil murid Program Kecemerlangan UPSR menerima sijil penyertaan
daripada En. Hanafiah Diman.

Tidak dilupakan, Setiausaha / Penyelaras Program yang berusaha dengan gigih
 hingga terlaksana program ini dengan jayanya iaitu En. Izlan Haimin yang
juga seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK. Kg. Contoh.

Sekalung penghargaan kepada semua
yang telah sudi menjayakan
Program ini.

HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA