Tuesday, April 5, 2011
Program Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar SMA Al-Irsyadiah Marakau
RANAU: Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan Unit Bimbingan & Kaunseling, SMA Al-Irsyadiah Marakau telah menganjurkan Program Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar pada 2 April 2011 di Dewan Terbuka SMA Al-Irsyadiah.
Program tersebut diadakan untuk berkongsi ilmu kemahiran keibubapaan dalam mencemerlangkan keluarga dan untuk memantapkan para pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR & SPM 2011.
Penceramah yang tidak asing lagi... Encik Fadzil Mohd Jamil, Ketua Unit Pengurusan Sekolah, PPD Kota Belud |
dan tidak kurang hebatnya... Penceramah yang diundang khas dari SMK. Sanzac Kota Kinabalu, Encik Datu Asrah dalam perkongsian kemahiran keibubapaan. |
YBhg. Encik Hanafiah Diman menyampaikan hadiah kepada Adik Noor Hafizah binti Maisin iaitu salah seorang penerima Anugerah Galakan Top 5 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011 |
Bacaan Ikrar oleh para pelajar PMR dan SPM diKetuai oleh Adik Mohd Hafiz bin Jipin. |
Saat kejayaan ditagih,
Usaha itu menjadi taruhannya
Saat kejayaan diharapkan,
Tumpuan itu menjadi ukuran
Saat kejayaan diimpikan,
Angan-angan itu menjadi perangsangnya
Saat kejayaan didambakan,
padaNya sahaja disandarkan segalanya
Semoga kejayaan itu mampu dimiliki suatu masa nanti...
SEMOGA BERJAYA DALAM
PMR & SPM TAHUN 2011..
petikan dari aturcara
Program Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar
SMA Al-Irsyadiah Marakau, Ranau
2 April 2011
Labels:
Intelek Minda
Anda Pengunjung ke;
Blog Archive
-
▼
2011
(52)
-
▼
April
(10)
- Seminar Perdana Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR 2011
- Kursus Menganyam Manik dan Labuci
- Seminar Motivasi Ibubapa Dan Murid UPSR 2011
- Seminar Motivasi Murid UPSR 2011
- Seminar Motivasi Keibubapaan 2011 SK. Pekan Tenghilan
- Seminar Motivasi Perdana UPSR 2011 Daerah Penampang
- Majlis Penyerahan Bibit Kelapa
- Program Kecemerlangan UPSR SK. Kg. Contoh
- Program Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar SMA Al-Irsya...
- BIASISWA YAYASAN SABAH
-
▼
April
(10)
PROGRAM
- Bazar Desa (1)
- Sosiobudaya (4)
- Sosioekonomi (18)
- SPPKW (1)