Wednesday, May 11, 2011

Bimbingan Teknik Menjawab Soalan, SK Kandawayon


RANAU : SK Kandawayon telah melaksanakan program Bimbingan Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 pada 11 Mei 2011 (Rabu) iaitu salah satu aktiviti program Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan.

Sekolah SK Kandawayon adalah salah satu sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan bagi tempoh 3 tahun mulai 2010 - 2012.

Cikgu Felicia membimbing murid-murid dalam sabjek Sains.

Siapa dapat jawab sila angkat tangan ...

Memberi tumpuan kepada penceramah ...

Ibu bapa digalakkan hadir untuk memberi sokongan dan dorongan ...

Kelihatan bapa-bapa bersama anak-anak mereka sedang mengikuti
perjalanan program ...


Tuesday, May 10, 2011

Biasiswa Menengah Yayasan Sabah


RANAU : Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau, Pn Jessie Toiloh telah berkunjung di 4 buah sekolah menengah untuk membuat pembayaran Biasiswa Menengah Yayasan Sabah pada 10 Mei 2011.

Pembayaran biasiswa di SMK Matupang Jaya. Berdiri di tengah ialah
Pengetua SMK Matupang Jaya, Encik Boy @ Sharif bin Francis.
Pembayaran biasiswa di SMK Lohan. Kelihatan bersama
ialah Pengetua SMK Lohan, Encik Majus Munsing.

Guru yang mengendalikan biasiswa SMK Ranau, Pn Wishseliah Jusuph (kiri) bersama para penerima Biasiswa Menengah Yayasan Sabah & Pn. Jessie  (kanan).

Para penerima Biasiswa Menengah Yayasan Sabah di SMK Mat Salleh Ranau.
Penuntut-penuntut SMA Al-Irsyadiah gembira menerima
Biasiswa Menengah Yayasan Sabah ...

Seminar Perdana PMR 2011 Daerah Ranau


RANAU : Seramai 273 orang penuntut-penuntut dari 11 buah sekolah menengah (SMK Matupang Jaya, SMK Ulu Sugut, SMK Timbua, SMK Lohan, SMA Mohd Ali, SMK Ranau, SMK Bundu Tuhan, SMK Kemburongoh, SMK Kundasang, SMA Al-Irsyadiah dan SMK Mat Salleh) di daerah Ranau telah mengikuti Seminar Perdana PMR 2011 (Pemantapan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) Daerah Ranau bertempat di Dewan Datu Paduka Mat Salleh, SMK Mat Salleh, Ranau pada 7 Mei 2011 (Sabtu).

Seminar tersebut dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Masidi Hj Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N30 Karanaan.


Penceramah jemputan dari SMK St Michael Penampang
 untuk sabjek Bahasa Inggeris

Guru Cemerlang SM St Michael Penampang En Cyprian Jokinol
menyampaikan ceramah sabjek Sains

Ucapan oleh Encik Hanafiah Diman.

Ucapan perasmian oleh YB Datuk Masidi Hj Manjun,
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N30 Karanaan

Wakil Pengetua SMA Al-Irsyadiah menerima
 Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan ...

Tuan PPD Ranau, Encik Rusining Rusidi menerima cenderakenangan ...

YB Datuk Masidi Hj Manjun menyampaikan replika cek
Skim Bantuan Khas untuk daerah Ranau kepada Tuan PPD Ranau ...

Cenderahati kepada YB Datuk Masidi ...

Ranau No 1 !!!!

Puan Cristina Michael daripada SMK St Michael Penampang
menyampaikan ceramah sabjek Matematik.

Penyampaian cenderakenangan oleh Pn Jessie Toiloh,
Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau ...




Mesyuarat Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB)


RANAU : Mesyuarat Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) telah diadakan di premis Pengerusi Kg. Singgaron Baru, En Amin pada 6 Mei 2011 (Sabtu). Salah satu agenda yang dibincangkan ialah mengenai isu tadahan air. Turut hadir ialah Dr Waidi Wasihim.


En Hanafiah mempengerusi mesyuarat.

Dr Waidi memberi pandangan dan nasihat mengenai
isu tadahan air Kg Singgaron Baru.

En Hanafiah menyerahkan bibit pelbagai pokok kepada Pengerusi
Kg Singgaron Baru iaitu En Amin ...


Monday, May 9, 2011

Kursus Solekan dan Dandanan


PENAMPANG : Kursus Solekan dan Dandanan anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah diadakan di Pusat Cemerlang Penampang pada 7 Mei 2011 (Sabtu). Seramai 24 orang terdiri daripada surirumah dan beliawanis telah mengikuti kursus selama sehari.


Para peserta mengikuti kursus ...

Cik Siti menunjukkan cara-cara menyolek ...

Eh!! Dell ke ni? ...

Lihatlah keanggunan Mag, sesudah disolek dan didandan ...





Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan
Pn Theresa Yong menyampaikan sijil penyertaan ...
Pn Theresa Yong menyampaikan Sijil Penghargaan kepada
pembimbing kursus itu Cik Siti Norianisa Majin.

Thursday, May 5, 2011

Seminar Motivasi Ibu bapa dan Murid SK Kundasang


RANAU - Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Seminar Motivasi Ibu Bapa dan Murid 2011 dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit Bimbingan, KMP Tahun 6 dan PIBG SK Kundasang bertempat di Dewan Terbuka SK Kundasang pada 5 Mei 2011 (Khamis).

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian kurikulum SK Kundasang ke tahap terbaik khususnya menerusi peperiksaan UPSR. Program ini diharapkan akan mampu menjadi landasan kepada semua calon UPSR agar bersedia menghadapi peperiksaan UPSR dari segi mental dan fizikal. Program ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada perubahan sikap semua ibu bapa agar menjadi lebih peka terhadap cabaran pendidikan masa kini.

Seramai 97 orang murid-murid dan 233 ibu bapa telah mengikuti seminar tersebut dengan jayanya.

SK Kundasang adalah salah satu sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan untuk tiga tahun mulai 2010 - 2012.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Kundasang, Encik Alexius Majinggol

Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau diwakili oleh Cik Foo Lee Yen

Ucapan perasmian oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan
iaitu Encik Hanafiah Diman

Penyampaian cenderahati oleh En Alexius kepada Encik Hanafiah

Ceramah motivasi murid oleh Encik Sinusi Ganir

Perkongsian kemahiran keibubapaan mendidik anak-anak
oleh En Hanafiah Diman

Sesi dialog

Ucapan penutupan oleh Pengerusi PIBG SK Kundasang
itu Encik Jeshbe Jamirin

SK Kundasang No 1!!!                           Ranau No 1!!!

Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Pn Jessie Toiloh
bersama ibu-ibu pelajar SK Kundasang semasa pendaftaran peserta.

Sunday, May 1, 2011

Seminar Motivasi UPSR 2011


PUTATAN 28 April 2011 - Seramai 81 orang murid-murid Tahun 6 SK Tombovo telah mengikuti Seminar Motivasi UPSR 2011 anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tombovo yang berlangsung setengah hari di Dewan Terbuka SK Tombovo, Putatan.

Penceramah yang tidak asing lagi dan berpengalaman iaitu Tuan Awang Madsaid dari Jabatan Pendidikan Sabah telah memberi ceramah yang sungguh berkesan untuk meningkatkan semangat murid-murid untuk berubah menjadi insan yang berjaya.

SK Tombovo adalah sebuah sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan bagi tempoh tiga tahun mulai 2009 - 2011.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan iaitu Encik Hanafiah Diman.


Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan,
 Puan Zairnasa Hj Nawab Khan

Ceramah oleh Tuan Awang Madsaid...

Ucapan perasmian penutupan oleh En. Hanafiah...

Sebagai tanda penghargaan, Encik Hanafiah Diman menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Awang Madsaid.
Terima kasih... Pn Zairnasa menyampaikan cenderakenangan
 kepada En Hanafiah Diman. Di sebelah kanan sekali ialah
Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Tombovo iaitu Cik Nadine William Norman
En Hadzis Jumat menerima cenderakenangan daripada Pn Zairnasa.

Laungan SK Tombovo boleh!!!