Thursday, May 5, 2011

Seminar Motivasi Ibu bapa dan Murid SK Kundasang


RANAU - Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Seminar Motivasi Ibu Bapa dan Murid 2011 dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit Bimbingan, KMP Tahun 6 dan PIBG SK Kundasang bertempat di Dewan Terbuka SK Kundasang pada 5 Mei 2011 (Khamis).

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian kurikulum SK Kundasang ke tahap terbaik khususnya menerusi peperiksaan UPSR. Program ini diharapkan akan mampu menjadi landasan kepada semua calon UPSR agar bersedia menghadapi peperiksaan UPSR dari segi mental dan fizikal. Program ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada perubahan sikap semua ibu bapa agar menjadi lebih peka terhadap cabaran pendidikan masa kini.

Seramai 97 orang murid-murid dan 233 ibu bapa telah mengikuti seminar tersebut dengan jayanya.

SK Kundasang adalah salah satu sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan untuk tiga tahun mulai 2010 - 2012.


Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Kundasang, Encik Alexius Majinggol

Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau diwakili oleh Cik Foo Lee Yen

Ucapan perasmian oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan
iaitu Encik Hanafiah Diman

Penyampaian cenderahati oleh En Alexius kepada Encik Hanafiah

Ceramah motivasi murid oleh Encik Sinusi Ganir

Perkongsian kemahiran keibubapaan mendidik anak-anak
oleh En Hanafiah Diman

Sesi dialog

Ucapan penutupan oleh Pengerusi PIBG SK Kundasang
itu Encik Jeshbe Jamirin

SK Kundasang No 1!!!                           Ranau No 1!!!

Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Pn Jessie Toiloh
bersama ibu-ibu pelajar SK Kundasang semasa pendaftaran peserta.