Sunday, May 1, 2011

Seminar Motivasi UPSR 2011


PUTATAN 28 April 2011 - Seramai 81 orang murid-murid Tahun 6 SK Tombovo telah mengikuti Seminar Motivasi UPSR 2011 anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tombovo yang berlangsung setengah hari di Dewan Terbuka SK Tombovo, Putatan.

Penceramah yang tidak asing lagi dan berpengalaman iaitu Tuan Awang Madsaid dari Jabatan Pendidikan Sabah telah memberi ceramah yang sungguh berkesan untuk meningkatkan semangat murid-murid untuk berubah menjadi insan yang berjaya.

SK Tombovo adalah sebuah sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan bagi tempoh tiga tahun mulai 2009 - 2011.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan iaitu Encik Hanafiah Diman.


Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan,
 Puan Zairnasa Hj Nawab Khan

Ceramah oleh Tuan Awang Madsaid...

Ucapan perasmian penutupan oleh En. Hanafiah...

Sebagai tanda penghargaan, Encik Hanafiah Diman menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Awang Madsaid.
Terima kasih... Pn Zairnasa menyampaikan cenderakenangan
 kepada En Hanafiah Diman. Di sebelah kanan sekali ialah
Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Tombovo iaitu Cik Nadine William Norman
En Hadzis Jumat menerima cenderakenangan daripada Pn Zairnasa.

Laungan SK Tombovo boleh!!!