Saturday, April 30, 2011

Seminar Perdana Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR 2011


PUTATAN : Seminar Perdana Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR 2011 Daerah Putatan dan Kawasan Tg Aru anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Penampang dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu telah berlangsung setengah hari di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Putatan pada 26 April 2011.

Seramai 200 orang murid-murid dari 11 buah sekolah (SK Tombovo, SK Tansau, SK Pekan Putatan, SK Kg Contoh, SK Petagas, SK Buit Hill, SJKC Hwa Shiong, SK Kem Lok Kawi dari daerah Putatan dan SK. Sembulan, SK. Tg Aru I dan SK. Tg Aru II dari Kawasan Tg Aru) telah mengikuti seminar tersebut.

Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen P.173, Putatan.

Putatan boleh!!!
Ucapan penutupan oleh YB Datuk Dr Marcus...
Ucapan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan,
Encik Hanafiah Diman.
Ucapan Alu-aluan oleh Encik Denis Gompion,
Pegawai Pelajaran Daerah Penampang.
Guru Besar SK Kg. Contoh menerima Sijil Penghargaan.
Pn Cecelia Chong, wakil PPD Kota Kinabalu dan En Denis Gompion
 menerima replika cek Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah ...
Penerima bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) En Lifordo bin Alipin
menerima Sijil Perakuan dan Replika Kunci Rumah PPR...
En Denis menerima Sijil Penghargaan daripada En Hanafiah...
Wakil PPD Kota Kinabalu, Pn Cecelia Chong menerima Sijil Penghargaan
daripada En Hanafiah...

Tanda terima kasih, YB Datuk Marcus menerima cenderahati
 daripada Encik Hanafiah

Sebelum sesi ceramah slot I berakhir, Pn Zaiton mengulang semula tips-tips cara
menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas I yang telah disampaikan oleh beliau.


Penceramah Bahasa Inggeris daripada SK Tebobon, Pn Zaiton Awang
menerima cenderahati daripada Peg Kawasan Yayasan Sabah, Pn Theresa Yong...
En Nik Mohamed menyampaikan ceramah Bahasa Inggeris Kertas II.
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Penampang, En Richard menyampaikan
cenderahati kepada penceramah jemputan iaitu En Nik Mohamed daripada SK Sepanggar.
Thursday, April 21, 2011

Kursus Menganyam Manik dan Labuci


PUTATAN, 16 APRIL 2011 - Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada surirumah dan beliawanis telah mengikuti Kursus Menganyam Manik dan Labuci yang julung kali diadakan di Kg. Muhibbah, Putatan anjuran Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan. Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar menganyam manik dan labuci bermula daripada asas. Dengan adanya kemahiran asas tersebut maka para peserta boleh meningkatkan lagi seni anyaman mereka melalui daya kreativi masing-masing dan berpeluang menceburi bidang perniagaan menjahit baju beranyam manik dan labuci.

Kursus setengahari itu dibimbing oleh Pn. Hjh. Siti Hayun.

Para peserta kursus...

Hjh Siti Hayun membimbing para peserta asas menganyam manik dan labuci.

Begini caranya...

Bersungguh-sungguh mempelajari anyaman ...

Eh! betul ke ni? lelaki pun apa kurang hebatnya. Tahniah!!!

Maaf. Gambarnya kurang jelas.

Seminar Motivasi Ibubapa Dan Murid UPSR 2011


RANAU : Program Seminar Motivasi Keibubapaan Dan Murid UPSR 2011, Kolaborasi SK. Kimondou, SK . Waang dan SK. Mohimboyon anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kimondou Ranau telah diadakan di Dewan Kg Waang / SK Waang Ranau pada 20 April 2011 (Rabu).

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu ruang untuk membina keyakinan diri dalam persediaan menghadapi UPSR 2011. Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri murid-murid kearah kecemerlangan dalam UPSR 2011. Calon-calon UPSR mampu merancangkan strategi pembelajaran secara lebih berfokus disamping pengurusan masa secara lebih strategic. Calon-calon UPSR mendapat pendedahan mengenai strategi / teknik belajar secara berkesan dan ibu bapa lebih memahami peranan yang perlu dimainkan untuk kecemerlangan anak-anak.


Ucapan Perasmian Penutupan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah,
Zon Pantai Barat Selatan iaitu En. Hanafiah Diman

Penyampaian cenderahati daripada Guru Besar SK. Kimondou,
En Chauhin Koumpat kepada En Hanafiah.

En Chauhin menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar,
SK. Waang iaitu Encik Wasli Sabin.

Wakil pelajar menerima sijil penyertaan.

Aku Janji...

Penceramah jemputan En Mustafa Asad daripada SK Kundasang menyampaikan
ceramah motivasi 'Membina Jatidiri Cemerlang'.

Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau Pn. Jessie Toiloh menyampaikan
cenderahati kepada En Mustafa.

Ceramah Motivasi Keibubapaan "Peranan Ibu Bapa sebagai Pemangkin Kecemerlangan Anak"
oleh En Masalin Madusin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK (A) Mohd Ali, Ranau

Ketua Unit Kaunseling Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Ranau,
En Jusli Hj Zakaria menyampaikan ceramah motivasi 'Perkongsian Pengalaman".

Ceramah 'Pengurusan Masa / Teknik Belajar Cemerlang' oleh En Masilin.

Sebagai penghargaan...


Tuesday, April 19, 2011

Seminar Motivasi Murid UPSR 2011


PENAMPANG : Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Seminar Motivasi Murid UPSR 2011 dengan kerjasama SK. Putaton Inobong pada 5 April 2011. Tujuan seminar ini adalah untuk menyuntik semangat murid-murid supaya pandai mengurus masa dan belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September 2011.

Tahun 2011 adalah tahun terakhir SK. Putaton sebagai sekolah angkat Projek UPSR sejak 2009.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman.

En. Hanafiah merasmikan seminar...

Inilah wajah-wajah calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
 SEMOGA BERJAYA!!!

Kenang-kenangan.

Ceramah motivasi.

Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Penampang, Pn. Theresa Yong
 menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Monday, April 18, 2011

Seminar Motivasi Keibubapaan 2011 SK. Pekan Tenghilan


Tenghilan - Ilmu komunikasi amat penting diantara ibubapa dan anak-anak, kena sensitif dan memberi jawapan yang tepat bila ditanya pelbagai soalan oleh anak-anak dan jaga emosi mereka tidak tertekan. Demikianlah petikan ucapan Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman semasa Perasmian Penutupan Seminar Motivasi Keibubapaan 2011 SK. Pekan Tenghilan anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama SK. Pekan Tenghilan yang telah berlangsung selama setengah hari pada 14 April 2011 (Khamis). Beliau juga harap keputusan peperiksaan UPSR Tahun 2011 ini meningkat.

SK. Pekan Tenghilan adalah sekolah angkat Projek UPSR Yayasan Sabah, Zon Pantai Barat Selatan bagi tempoh tiga (3) tahun mulai tahun 2009 - 2011.

Perasmian Penutupan Seminar... disempurnakan oleh Encik Hanafiah Diman.

Sebagai penghargaan, En. Abdul Halim Kader, Penolong Kanan 1
 menyampaikan cenderakenangan kepada En. Hanafiah Diman.

Puan Hajah Ananglangka Madkassim, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
 SMK (P) Likas memberi ceramah keibubapaan.

Penceramah slot ke II yang dijemput khas dari PPD Kota Belud,
Encik Fadzil Hj Mohd Jamil.
Cikgu Anne sibuk mengurus perjalanan program...

Thursday, April 14, 2011

Seminar Motivasi Perdana UPSR 2011 Daerah Penampang


PENAMPANG: Seminar Motivasi Perdana UPSR 2011 Daerah Penampang anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan Pejabat Pelajaran Daerah Penampang  telah berlangsung selama setangah hari di Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephens Penampang pada 12 April 2011. Seramai 230 orang murid-murid dari sekolah-sekolah rendah di daerah Penampang hadir menyertai seminar tersebut.

Ucapan alu-aluan oleh Encik Denis Gompion, Pegawai Pelajaran Daerah Penampang (bawah),
Ucapan Encik Hanafiah Diman, Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan (tengah) dan
Ucapan Perasmian Penutupan oleh YB Datuk Donald P. Mojuntin, Pembantu Menteri Kewangan
 merangkap ADUN N.20 Moyog.

YB Datuk Donald menyampaikan Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan. 

Encik Denis Gompion menerima replika cek Skim Bantuan Khas
 daripada YB Datuk Doland P. Mojuntin.

YB Datuk Donald P. Mojuntin menerima cenderakenangan daripada En. Hanafiah Diman.

Sesi bergambar beramai-ramai.

Penceramah jemputan Encik Datu Asraf Datok Ambas daripada SMK Sanzac
Kota Kinabalu menyampaikan Ceramah 1 - Mencipta Kecemerlangan Diri.


Lafaz ikrar.

En Datu Asraf menerima cenderakenangan dari Pegawai  Pejabat Pelajaran Daerah Penampang.

Ceramah 2 - Mengenali Potensi Diri oleh Encik Julianus Thomas daripada
Pejabat Pelajaran Daerah Penampang.

Pn. Theresa Yong, Pegawai Kawasan Penampang menyampaikan cenderahati kepada En. Julianus.