Thursday, April 21, 2011

Seminar Motivasi Ibubapa Dan Murid UPSR 2011


RANAU : Program Seminar Motivasi Keibubapaan Dan Murid UPSR 2011, Kolaborasi SK. Kimondou, SK . Waang dan SK. Mohimboyon anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kimondou Ranau telah diadakan di Dewan Kg Waang / SK Waang Ranau pada 20 April 2011 (Rabu).

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu ruang untuk membina keyakinan diri dalam persediaan menghadapi UPSR 2011. Membentuk jiwa yang bersemangat serta meningkatkan jati diri murid-murid kearah kecemerlangan dalam UPSR 2011. Calon-calon UPSR mampu merancangkan strategi pembelajaran secara lebih berfokus disamping pengurusan masa secara lebih strategic. Calon-calon UPSR mendapat pendedahan mengenai strategi / teknik belajar secara berkesan dan ibu bapa lebih memahami peranan yang perlu dimainkan untuk kecemerlangan anak-anak.


Ucapan Perasmian Penutupan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah,
Zon Pantai Barat Selatan iaitu En. Hanafiah Diman

Penyampaian cenderahati daripada Guru Besar SK. Kimondou,
En Chauhin Koumpat kepada En Hanafiah.

En Chauhin menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar,
SK. Waang iaitu Encik Wasli Sabin.

Wakil pelajar menerima sijil penyertaan.

Aku Janji...

Penceramah jemputan En Mustafa Asad daripada SK Kundasang menyampaikan
ceramah motivasi 'Membina Jatidiri Cemerlang'.

Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Ranau Pn. Jessie Toiloh menyampaikan
cenderahati kepada En Mustafa.

Ceramah Motivasi Keibubapaan "Peranan Ibu Bapa sebagai Pemangkin Kecemerlangan Anak"
oleh En Masalin Madusin, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK (A) Mohd Ali, Ranau

Ketua Unit Kaunseling Organisasi Pejabat Pelajaran Daerah Ranau,
En Jusli Hj Zakaria menyampaikan ceramah motivasi 'Perkongsian Pengalaman".

Ceramah 'Pengurusan Masa / Teknik Belajar Cemerlang' oleh En Masilin.

Sebagai penghargaan...