Sunday, April 10, 2011

Majlis Penyerahan Bibit Kelapa


RANAU: Satu majlis penyerahan 60 buah bibit jenis kelapa mawar dan kelapa pandan telah diadakan di perkarangan rumah Pengerusi JKKK Kg. Singgaron Baru, Encik Amin Saridan pada petang Jumaat, 9 April 2011. Penyerahan bibit kelapa tersebut adalah antara aktiviti-aktiviti serampang dua mata sosiobudaya dan sosioekonomi dibawah Program Desa Cemerlang dan Berinovasi yang telah dirancang untuk memperindahkan 'landscaping' sekeliling kampung dan secara tidak langsung ia juga akan menjadi salah satu komoditi yang dapat membantu menjana ekonomi penduduk dalam masa beberapa tahun akan datang.

Rombongan seramai 6 orang warga Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan diketuai oleh Encik Hanafiah Diman tiba jam 3 petang di kampung tersebut  dan disambut oleh En. Amin dan AJK Program PDCB Kg. Singgaron Baru. 

Sebelum majlis tersebut berlangsung, En. Hanafiah dan En. Amin berpeluang membincangkan mengenai perkembangan semasa program PDCB.

En. Hanafiah (seluar putih), En. Amin (seluar jeans) bersama-sama rombongan
 Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dan AJK Program PDCB Kg. Singgaron Baru
di Majlis Penyerahan Bibit Kelapa.

En. Hanafiah (kiri) menyerahkan bibit kelapa kepada
Pengerusi JKKK Kg. Singgaron Baru, En. Amin Saridan.

Keindahan alam semulajadi Sungai Kg.Singgaron Baru.

Panorama dan suasananya begitu indah.

En. Hanafiah dan En. Amin membincangkan sesuatu...
mungkin kawasan tersebut akan berubah menjadi lebih menarik
 dan berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat rekreasi.