Saturday, April 30, 2011

Seminar Perdana Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR 2011


PUTATAN : Seminar Perdana Pemantapan Bahasa Inggeris UPSR 2011 Daerah Putatan dan Kawasan Tg Aru anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Penampang dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu telah berlangsung setengah hari di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Putatan pada 26 April 2011.

Seramai 200 orang murid-murid dari 11 buah sekolah (SK Tombovo, SK Tansau, SK Pekan Putatan, SK Kg Contoh, SK Petagas, SK Buit Hill, SJKC Hwa Shiong, SK Kem Lok Kawi dari daerah Putatan dan SK. Sembulan, SK. Tg Aru I dan SK. Tg Aru II dari Kawasan Tg Aru) telah mengikuti seminar tersebut.

Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen P.173, Putatan.

Putatan boleh!!!
Ucapan penutupan oleh YB Datuk Dr Marcus...
Ucapan oleh Ketua Pentadbir, Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan,
Encik Hanafiah Diman.
Ucapan Alu-aluan oleh Encik Denis Gompion,
Pegawai Pelajaran Daerah Penampang.
Guru Besar SK Kg. Contoh menerima Sijil Penghargaan.
Pn Cecelia Chong, wakil PPD Kota Kinabalu dan En Denis Gompion
 menerima replika cek Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah ...
Penerima bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) En Lifordo bin Alipin
menerima Sijil Perakuan dan Replika Kunci Rumah PPR...
En Denis menerima Sijil Penghargaan daripada En Hanafiah...
Wakil PPD Kota Kinabalu, Pn Cecelia Chong menerima Sijil Penghargaan
daripada En Hanafiah...

Tanda terima kasih, YB Datuk Marcus menerima cenderahati
 daripada Encik Hanafiah

Sebelum sesi ceramah slot I berakhir, Pn Zaiton mengulang semula tips-tips cara
menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas I yang telah disampaikan oleh beliau.


Penceramah Bahasa Inggeris daripada SK Tebobon, Pn Zaiton Awang
menerima cenderahati daripada Peg Kawasan Yayasan Sabah, Pn Theresa Yong...
En Nik Mohamed menyampaikan ceramah Bahasa Inggeris Kertas II.
Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Penampang, En Richard menyampaikan
cenderahati kepada penceramah jemputan iaitu En Nik Mohamed daripada SK Sepanggar.